Saturday, 3 March 2012

TABIAT MANUSIA memang suka mengambil kesempatan.kalau boleh nak senang...senang lagi!!!!.Tapi kalau nak ambik kesempatan tu biarla berpada-pada.jangan sampai org menyampah. dan rasa tak ikhlas bila membuat sesuatu kebaikan...sesia je x dapat pahala, setakat DAPAT PENAT JE....MEMANG BODOH rasanya...

Friday, 16 December 2011

Dengan izin ALLAH swt

kehidupan selama 5 thn melanjutkan pelajaran di peringkat PhD merupakan kehidupan yg sgt mencabar. ALLAH menduga bukan sahaja diri sendiri, semua yg berada hampir di lingkaran diri ni terkena tempiasnya.

alhamdulillah, di awal tibanya di bumi UK, ieja di sapa sahabat mengikuti usrah,...rupa2nya hidayah ini dtg utk membantu melengkapkan diri menghadapi cabaran 5 thn. alhamdulillah...

secara amnya, menamatkan pengajian ini ija rasanya bagai tiada penghujungnya! terlalu samar....beberapa kali supervisor ija mencadang kan utk menghantar MPhil thesis.2 kali menduduki transfer Mphil to PhD.dugaan menulis bertambah apbila blk ke Msia selepas 4 thn.tekanan kerja, tanggungjawab sbg isteri & ibu, betul2 menguji tahap kesabaran.

dalam tahun terakhir menyiapkan thesis supervisor ija mencadangkan sekali lg utk submit for MPHil.katanya thesis ija not up to PhD standard. bekerja dengan David, membuat diri ini terasa spt student PhD yg paling bodoh dikalangan pelajar2 seliaanya. setelah seisi meluahkan perasaan tidak puas hati dengan cadangannya...dia merelakan ija meneruskan perjuangan.

semalam merupakan viva examination ija.ALhamdulillah, ianya diizikan ALLAH dan ija berjaya mempertahankannya.

ALLAH menduga ija dengan pelbagai dugaan sepanjang tempoh pembelajaran, namun memberi kemudahan, melancarkan proses viva walaupun menggunakan video conferencing dengan external, semua ini berkat doa semua dan dengan izinNYA.


DR is just a title, pengajaran pengalaman disebaliknya lebih bermakna...moga2 ija boleh menjadi insan yg lebih sempurna..

Sunday, 30 October 2011

Huishh,...lamanya tak memblog, hari2 browse blog sendiri,tpnya browse hanya utk dptkan link ke blog kekawan, cari resepi etc. ni dah nak masuk raya haji dah!!kejap je dah nak abis setahun.

nak update pasal my little baby, fareeq

1. Dia dah berjalan tahap laju sejak dpt kaki 2 weeks before raya
2. Dah pandai ckp mama, abam (abg), nak
3. Dah pandai merajuk, kalau kita marah terusla menghempaskan diri ke lantai, dlm 5 seconds pastu bangun,,akan dengan selambanya membuat onar semula
4. Hobby 1) menyepahkan rumah (tukang menambahkan kerja mama nak kemas umah) 2) dengar azan 3) makan semua benda asal jumpa je nak masuk mulut 4)hobby utama, main bola.ini gara2 abg2 nya hantu bola la...
5) makan chocolate, pastu jadi hyper!!
6) naik turun tangga....


banyak2 lagi kisah berlaku dalam 2-3 bulan yg lepas, macam 2 resepi try masak tp x pernah nya sempat nak masukkan dlm blog...

untuk kekawan selamat menyambut hari raya aidil adha yea....

Tuesday, 13 September 2011

selamat hari raya maaf zahir n batin


to all...selamat hari raya n maaf zahir n batin. alhamdulillah a week before raya my little baby, fareeq telah berjaya berjalan sepenuhnya. Now, lagi senang menjaganya sebab dia x berhenti2 berjalan kalau kat umah..so kurang la berdukung. raya kami tahun ni biasa2 saja. hati x tenteram kerana ada perjuangan yg belum selesai....

Sunday, 31 July 2011

garden party for ieman, fareeq n mak tok..


selamat hari ulangtahun.. to my lovely boys ieman n irfan & also my mum...aka mak tok. we having a garden party with a football theme...thank you to all cousins n family for coming!!!!

Thursday, 30 June 2011

I'm shy!!!

last week pi report card day kat sekolah ieman n irfan...ieman...from A to E semuanya ada hahahahah ( BM & arabic le kategori D & E). yg lain byknya B& B+ le. tak harap pon excellent, sbb ini kali pertama exam. tak dinafikan dia sgt struggle nak belajar BM & B arab. tetiba terkujat budak tuh belajar level 3. cuba lagi yea ieman....Part attitude, interaction with teachers semuanya bagus.

Irfan pulak sangat kontra dari abangnya...keputusannya bagus, hanya BM & art saja dpt B & c, yg lain semuanya A/A+. irfan ni patutnya tadika lagi...tp request kat sekolah utk masuk darjah satu . Irfan bernasib baik sbb dia mula semuanya dari basic...agaknya sbb tu dia lebih senang nak paham. attitudenya teacher kata sangattt manja...hahaah ini baby besar mama. Tp satu x best,teachernya kata lately ni dia x nak ckp english...bila teacher tanya in english pon dia jawab in malay. aduhai....irfan,sayangla nanti lupa vocab n accent nya. Bila tanya..dia kata I'm shy!!! nanti salah ckp. ini mesti :
1) malu ngan kawan2 dia ckp english sesorang
2) teacher akan betulkan pronunciation dia sbb dia dok guna accent Yorkshire!!

so skrg kena paksa dia speak in english. kami x layan dia ckp kalau dia speak in malay kat umah.kat umah ngan abang nya nak pulak bercakap in english. pelik la budak ni.

overall, sekolah nya ni puas hati gak la...especially part agamanya.irfan ni suka sgt hafal surah2 pendek., teacher kat kalau dalam kelas pon asik menghafal je.Lagi satu diorg ni sgt aware tentang halal, haram, taubat, solat (part solat kekadang malas gak kalau dok asik main) etc.. so bila mama pakai terseksi sikit kat umah bising2 kata haram!!!ehheheh bagus tu ingatkan mama yea.

aktiviti lain -diorg berdua ni joint taekwondo & every weekend (saturday & sunday) joint football club. so weekend kami selalu full.

Monday, 20 June 2011

masak2 di malaysia - Lagsana & Coney dog



Masaknya selalu kat malaysia ni, tp barang2 western ni sgt la mahal..tertelan air liur nak bayar cheese seketul. tp bebudak kat umah ni buat2 tak paham...selalu benor nak makan makanan omputeh. apa, ingat dok UK ke sesedap rasa nak makan pizza, spagethi n lagsana? lagsana ni masak dah lama...masak celebrate birthday boy, irfan...




EHmm dah lama nak try masak resepi ni.Tp sebelum try ija dah pi makan kat A&W, nak tahukan camnna rasanya. semalam sbb posa, tetiba gatal tangan nak try..apalagi google le blog 2 masak popular..madiha etc...so jd la coney dog (x best namanya) version ija..weihai....jimat RM 7.50 ( kalau beli kat A&W), leh dpt satu je...ni dpt le 4 ketui...

Sunday, 19 June 2011


3 iemans n ayah while we're in Ipoh



My little boy after 11 months...

Monday, 28 March 2011

macamana nak nasihat kan students ni....

assalammualaikum ,

Ija sangat busy ngan kelas, nak siapkan writing etc sejak balik dr UK ni. after 4 years, banyak sungguh perubahan pelajar2 di UITM. Yg paling ketara adalah sangat kurang tata tertibnya n kurang sopan sahsiah rupa dirinya. Ija cuba mengurangkan kadar kecerewetan semasa mengajar....tp rasanya dari segi sahsiah rupa diri sgt banyak yg perlu diperbetulkan anak bangsa kita ni!!
kes 1
1. ada seorang pelajar lelaki yg sgt menyukai perwatakan wanita...akhirnya ke kelas dia berpakaian ala2 gadis ayu, pernah sekali ke test memakai selendang!!! dan hari ini nampaknya sudah bermekap pulak....!!! First time jumpa pelajar ni memang confuse gendernya!!!mcamana agaknya nak menegur dgn cara yg paling sopan???

Kes 2.
Asalnya kelas ni pelajar perempuannya semua bertudung...lately ni lepas sorang, sorang dah jd free hair...adakah tudung ni as a fashion? adui hai..lagi sekali terasa susah hati ni....rasanya perlu di sulam rasa hati pelajar ni. Tapi mcamana yea????

Tuesday, 31 August 2010

9 THn

alhamdulillah..hari ni genap sembilan tahun usia perkahwinan kami. Kami sudah dikurniakan 3 cahaya mata lelaki. Moga-moga hubungan kami kekal hingga ke akhir hayat dan diberkati ALLAH di dunia dan akhirat,....InsyaALLAH

Wednesday, 25 August 2010

1 BULAN



alhamdulillah hari ni genap satu bulan Ieman Fareeq...maknanya ija ada lagi 10 hari utk habis tempoh berpantang. So far, fareeq x banyak ragam..hanya menjerit bila nakkan susu atau lampinnya penuh



Berat fareeq dah 4.25kg..masa timbang isnin lepas...wah..cepat naiknya. maklumlah anak bujang kan...minum susu nya melampau..hahhahha. NExt month insyaALLAH kami akan pulang ke tanah air...surat beranak n passport fareeq semua dah siap..hanya mamanya aje lom get ready.....

Saturday, 7 August 2010

bila Mr hubby masuk DAPUR....



semenjak dua menjak ni mr hubby rajin masuk kedapur...hahahha sementara mama cuti masak.n dia amik kesempatan le mencuba resepi..tapi katanya resepi sesenang je dia nak cuba. minggu ni dia try masak Ayam Golek...with potato....sedap gak....ija siap ckp kat dia..pi le nengok rancangan masak2 lagi..then cuba la masak lagi....boleh la..ija rehat dr masak lama sikit...hahhahaha

Thursday, 29 July 2010

PUtera KeTigA -IEMAN FAREEQ

Hahahhaha..maafla bagi yg dah terbaca entry terdahulu...kucar kacir le pulak rupanya..so ija rewrite semula la...sementara ada masa beberapa hari (bg rehat untuk diri sendiri for a week) and memulakan semula kerja2 'menulis' yg 'sepatutnya'....


Pengalaman Bersalin di Jessop Wing...


Kelahiran putera kami ketiga ni...2 hari lebih awal dr tarikh yg dijangkakan. huhuu ija expected biarla 2 minggu ke lebih awal...tpnya ALLAH itu lebih mengetahui apa yg terbaik.Ija sepatutnya pagi tu ada appointment ngan supervisor dlm kul 10 am. Tp dr kul 5 lebih ija dah x leh tidur..terasa perut menyengat2...tgk sela masa sakitnya dlm 20 min (scale sakit dlm 3/10) je. Then, dlm kul 7 tu nak bersiap le...pi sekolah (kononnya nak menumpang mr hubby pi kerja). Masa di toilet, rupanya dah kuar tanda darah...ehmmm....dlm hati dok kata...nak bersalin dah kot ni.Tp pengalaman terdahulu..semuanya amik masa dlm min 6-8 jam (ieman) n irfan pulak keesokkan harinya baru sakit beria. so dlm hati dok pikir nak pi juga jumpa supervisor. Ija ckp kat Mr hubby tak yah pi kerja...so that leh le antar ija pi school.n kalau x sakit dia leh masuk kerja tengahari je.

Ija pon kononnya menyambung sisa kerja before nak ngadap tuan besar...tp perut tu makin kerap lak sakitnya...n bila dok check sela sakitnya...every 5 mins pulak ( scale dlm 4/10 sakitnya)...alamak....den cuak gak...n masih dok berteka teki..n pi uni or nak pi hospital...dlm 8.30 am tu decided to call Midwife..n tanya opinion dia.Then, dia suggest call triage n bagi tau condition . ija x call terus pon...dlm 9.30 am baru le call ( sbb nak pastikan bebetul sakitnya every 5 min).Dlm masa yg sama ija terpaksa la..mengcancelkan meeting ngan tuan besar....ermmmm x da harapan le nak jumpa dia before bersalin.

Dlm kul 10 gitu baru ija bersiap n pi ke triage. sesampai kat sana..menunggu gak dulu dlm 20 min kat waiting room tu before dihantar ke labour room. ada 2 midwife (student n real midwife yg incharge utk ija). Alhamdulillah they are very profesional n sgt le relax...hehhehe so kita pon calm gak le..dlm labour tu. Midwife check bukaan masa tu..dlm 6cm..uish banyak gak rupanya.

Banyak berbeza ngan kat msia cara depa handle pesakit...kat sini....semuanya nak natural...no break water bag..dan kedua2 midwife tu ada je dlm bilik tu..mengadap muka ija menahan kesakitan..hahhahhah. depa dok suggest le...suh duduk atas ball le, jejalan le....n x kasi...baring. Aduhai..mokcik dah la sakit perut, dok suh berjalan. tp ija cuba gak nasihat dia tu..pusing2 le dlm bilik tu...kononnya nak mudahkan baby 'engaged'. Utk kali pertamanya, ija gunakan gas...utk menahan sakit. rupanya berkesan yea...hahhah ala2 laluk 2 je mokcik bila sedut gas tu. Dlm hati terasa gak jakun, kang ija dok laluk2 tu tertidur pulak..sampai lupa nak meneran..hahhaha kampung sungguh. First time, juga air ketuban, pecah sendiri ( kat msia mmg dipecahkan)...and after 3 kali push...akhirnya kuarla...baby boy ija pada pukul 1.36pm, seberat 3.29kg.Alhamdulillah.

Selesai segalanya ( kuarkan uri n jahit (1st degree)) dlm kul 3 jugakla...diorg ni buat kerja tak rushing2, semua menda diorg akan terangkan..itu yg lama bebenor nak settle. Ija x bermalam pon kat hospital tu...sbb semuanya ok....so dlm kul 8.30 mlm kami pon balik umah.


IEMAN FAREEQ
Baby ketiga kami ni...dinamakan IEMAN FAREEQ. Kasi sedondon ngan abangnya IEMAN NUR FIQRY n IEMAN IRFAN. FAREEQ tu dlm bahasa arab maknanya Leftenan general...ija checked kalau maksud lain...pejuang. Moga2 leh le besar nanti memperjuangkan syiar ISLAM ...amin.

Wednesday, 14 July 2010

Kenapa hati resah gelisah??

kenapa hati resah gelisah?
Badan rasa sakit & berat
Semuanya jadi tak selesa
Buatkan hati rasa sakit
Buatkan Hati rasa sedih
Buatkan hati rasa marah

Kenapa hati rasa gelisah?
ehmm cuba check semula amal ibadah
Kenapa x amal menda yg selalu di buat?
Kenapa tinggal-tinggalkan surah yassin?
Kenapa tinggal-tinggalkan bacaan alquran?
kenapa buat2 lupa sembahyang malam?
Sebab tu ALLAH lupakan hati kita....

Tuesday, 13 July 2010

menGhitung hari.....

lagi 2 minggu kami nak menerima kehadiran org baru dalam family....huhuhuhuhu berdebar2, teringat2 peristiwa sakit meneran 5 thn lepas..skrg ni ija 37+ weeks....EDD ija is on 28 julai....ehmm lambat rasanya. syokkan kalau baby lahir mcm irfan dulu...cepat 3 minggu. Ija dah cuba bergerak sebanyak mungkin as suggested by midwife...n at the same time..try to do more writing for the thesis....actually sangat penat rasanya..tercongap -congap...tapi terpaksa memaksa diri agar tidak malas...

Irfan pulak..almost every day dok sibuk bertanya...bila baby nak kuar? aduhai....mama yg menanggung saat2 terakhir ni....lagi....naaaaaaaaak lak baby tu kuar awal sayang. every night tidur x selesa...bercampur lagi ngan pinggang n kaki yg sakit n lenguh....+ juga perut yg asik berdenyut....haNYA IBU MENGANDUNG saHAJA yg dpt memahaminya.....tapi rasanya perlule bersyukur...dgn 'nikmat sakit' ini.....moga diampunkan dosa2. Sekiranya ini 'perjalanan terakhir' ija didunia....

Pada semua....especially to hubby n mama....family and kawan2 , ampunkan salah dan silap ija..termakan, terminum dan minta halalkan...segalanya (kalau ada hutang duit tertunggak minta claim pada hubby yea).

************************------------------------------***************************

good news...
smlm...kawan kami aryati..telah berjaya menyelesaikan amanah negara dan selayaknya sudah bergelar DR ARYATI.....sekalung tahniah utk beliau dan suami...rasa sangat gembira dengan kejayaan beliau...at the same time rasa sangat sedih pada diri sendiri yang tak abis2 lagi menulis...n tak tahu le,...dapat ke idak rezeki PHD ni.....hanya ALLAH yang maha mengetahui...Ija malas dah nak pikir n berteka teki....mana yg mampu ija buat..dan selebihnya bertawakal...pada ALLAH.....

satu lagi good news..tahniah juge pada suria n family diatas kelahiran puteri ayna...bertambah lah kecerian dalam family mereka hendakNYA....

Thursday, 1 July 2010

banyak nya agenda...

Huhuhu tinggal beberapa bulan je nak tinggal kat bumi mat salleh ni...agenda bertimpa2 nak di hadap. Hope semua smoothla..dengan izinNYA....

9/7 - midwife nak dtg buat house assessment..adui hai..umah den ni dah le penuh ngan kotak mesti minah ni bising2 kata umah x safe for baby!!

9/7 -24/7 - kak nani n family akan datang dr msia for holiday...kalau den bersalin awal..kena layan diri la nampaknya

28/7 - ini due date for delivery..minta2 awal le....semedang pulak supervisor x da kat UK.. 3 weeks for summer class di china..kan bagus kalau bersalin awal...by the time dia blk UK...den leh poie sekolah semula...angan2 je tuh....

18/9 until before 23/9 - ni tentative dates untuk pulang ke negara tanah kelahiran...malaysia. 23/9 dah kena report duty

dates lain ???? - bila pulak dates nya nak masuk barang dlm kontena, nak booking tiket n segala benda le ....sebelum blk msia ni?? adus pening kepala den...nak menyusun agenda

date for viva? - ini paling haru....makcik masih bertungkus lumus menulis...

Thursday, 17 June 2010

YA ALLAH ...KAU PERMUDAHKANLAH

YA ALLAH...
aturan hidup ini KAU yang rencanakan
KAU permudahkanlah....
Diri ini hanya mampu melakonkan 'wataknya'
mencuba yg terbaik
berusaha yg termampu...
Yang tinggal hanya tawakal kepadaMU..


YA ALLAH...
KAU berikan rezeki ini...
KAU lancarkan lah...segala urusan
sesungguhnya aku hanya mampu berserah...


YA ALLAH...
KAU kuatkan semangatku
KAU terus berikan ku hidayahMU..
SEsungguhannya segala rezeki itu hanya dariMU...
AMIN...................

Thursday, 18 March 2010

Honeymoon lagi?????????????

boleh ke honeymoon selang sebulan....ala2 tak sedar diri, kerja menimbun pi honeymoon lagi!!!! Kami berdua ke italy in particular ke Milan n Venice. Thank you to mr hubby kerana kerja siang malam n boleh bawa isteri kesayangannya berjalan.muahahahhaha. Anak2 terpaksala mama n ayah tinggalkan di rumah lagi...almaklumlah school time + ciput budget. Diorg ok aje ngan syarat belikan bakugan sorang satu. cumanya adik, beberapa jam lepas kami berlepas ke italy n bila ija call...siap cakap " I'm already miss you mama!"..sangat manja le..'baby tembam' mama ni.

Story about Milan,

tanya pada hubby, katanya Milan is a shopping area. Bagi org yg x mengikuti fesyen macam ija ni mmg tak tahu yg Milan ni Kota Fesyen. Ija ingatkan Paris saja. Patutla banyak sgt shopping area dengan pelbagai branded shops. Ija lalu je...tak masuk pon..huhuhu ala2 sedar diri ni tak mampu nak beli...hahahhaha..

kat bawah ni building2 kat Milan




kami pon interprem jugak tangkap gambor kat Milan


Story about Venice

Katanya kota cinta....hahahahah..iyola tuh...tapi ija lebih suka venice then Milan. Sebabnya scenery nya sangat berbeza . Bandarnya dikelilingi air..more specific canals le...semua aktiviti mengunakan pengangkutan air. Satu menda yg sama either Milan or Venice..adalah banyak sangat church...kami gunakan water boat je..mengelilingi bandar venice. Lupa nak story..we all menginap di Milan..n ke Venice guna train laju..2 1/2 jam dr Milan. Makanan pulak yang paling best adalah aiskrimnya...aduhai lagi sedap dari hagen dazz you!!hari2 ija makan aiskrim...Di milan byk halal food. so makan senang....

Ini scenery kat venice


In Honeymoon Mood!!!


Tak lupa juga food popular kat sana

Thursday, 25 February 2010

3 abdul or .........??????????????????????

ehmmm......kami anak beranak asik dok argue either the little one should be a gal or a boy...of course mama n ayah want a little princess, but si gebu irfan want a boy and his abang want a gal cause don't want to have a fight anymore!!!!patutnya 3 lawan 1 ...3 la menang kan??muahahhahaha.

today, rupa nya di only scan sehingga le delivery baby...apa punya turrr..la hospital kat uk ni..kedekut. kalau kat msia tiap2 minggu pon leh scan!!punya la lama sonographer tu dok menekan perut (without say anything). few minutes tunjuk that the baby is fine, nampakla tulang belakang + tangan + kaki ++++......tapi this time baby is not active as before...gerak sikit2 aje...sekali dia..kata..he is a boy!!!!!!!!!!!!!!huaaaaaaaaaaaaaaaa sbb terkedu n irfan dah dok gelak -gelak...n kata "i told you...he is a boy!!!!", kami berdua x terkata apa..yg x bestnya..tak dpt menyaksikan ngan mata sendiri..betul ke dlm monitor tu baby boy (lagi sekali punya tur...bukan nak tunjuk rupanya). tak bagus tukang scan kali ni, tak user friendly tak explain...x tunjuk kat monitor...dia syok sendiri dok godek2 perut..KAmi membuat conclusion..tak mau percaya..(hahhahhaha..sedapkan hati sendiri)n teruskan berdoa...sehinggala baby kuar.. set in mind she a gal....kah kah kah!!!!!!!!!!!

anyway, tak kisah sgt le (kalau betul..adus kena produce lagi le)...yg penting baby nya sihat n sempurna. Alhamdulillah ALLAH bagi rezeki zuriat ni kat kami kan..

Wednesday, 24 February 2010

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Nota kecil : DI CNP dari website Darussfiya, utk panduan...InsyaALLAH

Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dimasukkan ke dalam botol dan dicampurkan sedikit dengan air mineral atau air minuman yang lain.

8. Beri minum air tersebut kepada anak-anak yang bermasalah. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.