Tuesday 15 September 2009

Berbaloikah???

kadang-kadang hati ini tertanya-tanya
berbaloikah segala pergorbanan ini....
hanya sekadar mengejar 'segulung kertas'

Berbaloikah???
aku korbankan kehidupan dan kasih sayang
demi melalui kehidupan disini yg sangat gelap lorongnya

Berbaloikah???
insan tercinta yg kutinggalkan disana
menahan rasa rindu, sendiri meneruskan kehidupan disana
Perginya ayah tanpa sempat kuhadap saat terakhirnya dia di dunia ini!

Berbaloikah??
seorang suami meninggalkan kehidupan yg ada
bersama isteri melalui ranjau berduri disini
Anak-anak yang terpaksa menukar arus kehidupan
Demi mama yang ingin menongkah langit!!

Berbaloikah???
Aku mencuba sesuatu yg belum pasti!!
Yang mungkin tiada bahagia dihujungnya
Yang mungkin kesilapan besar utk dicuba!!

Namun,
Kadang-kadang ku rasakan berbaloi
Mungkin sinar itu belum pasti
Namun onak dan duri yg DIA hidangkan
mengajar dan mengingatkan aku bahawa aku ada DIA ...
DIA yang menentukan hadirnya rezeki ini
DIA yang menenangkan hati
agar jangan ragu-ragu lagi
hanya pada DIA aku berserah......


Bantula aku YA ALLAH..agar ketabahan ini sentiasa ada bersamaku

Sunday 6 September 2009

ziarah ke rumahNYA...

Beberapa bulan yang lalu kami melalui pengalaman perjalanan yg maha hebat, perjalanan antara benua sehingga akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki ke rumahNYA dan kemudiannya terus pulang ketanah air.

Perkara yang paling tidak pernah dirancang adalah utk mengunjungi rumahNYA. Namun DIA penentu segalanya...kami akhirnya tahun ini diberi rezeki menunaikan umrah sekeluarga di sana selama lebih kurang satu minggu. Terlalu panjang memori kami yang ada disana untuk diceritakan di blog ini. Overall, semuanya baik-baik belaka...walaupun didalam keadaan yg sangat panas di sana, anak2 kami tidak mengeluh langsung...sungguh dipermudahkan olehNYA....alhamdulillah..

Ieman sempat menunaikan tawaf sunat beberapa kali, bersembahyang di raudah dan juga saie. Moga-moga pengalaaman ini akan tersemat didalam hatinya...dan akan mendorong dia untuk kesana nanti suatu hari kelak! insyaALLAH.

Personally, perjalanan ija kesana terus diduga ALLAH...ada ketikanya disana ija rasakan seperti tidak diterima olehNYA....masyaALLAH..hanya DIA yang tahu perasaan ketika itu. Rasanya ija perlu belajar untuk redha dengan ketentuannya. Alhamdulillah....di saat akhir diberikanNYA kesempatan untuk sujud memohon keampunan darinya...

Program ziarah di Mekah dan Madinah ( makam para syuhadah, dll) mengimbau memori ija semasa mengikuti ISK dan pelbagai aktiviti usrah di Sheffield. Rasa seperti tidak percaya, ija saksinya peninggalan sejarah ini di depan mata. InsyaALLAH, sekiranya diizinkan olehNYA akan kami jejakkan kaki kesana lagi....