Sunday, 14 June 2009

carrot cake

ada permintaan resepi carrot cake. Resepi ni dari kak nani, so far memang ramai menyukainya termasukla mama ija ...hahhahah. Siap ada kelas one to one ngan kak nani nak belajar buat carrot kek ni. Bahan-bahannya;

Bahan A
250g Plain flour
1 1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam

Bahan B
170g gula castor
140g brown sugar
4 biji kuning telur
1 1/2 cawan minyak sayuran
1 cawan carrot yg disagat (setelah disagat buangkan airnya)

Bahan C
4 biji putih telur
walnut

Bahan D : cream
200g cream cheese/soft cheese
180g whipping cream
100g castor sugar

cara-caranya
1. Bahan A ditimbang dan diayak - satukan/mix
2. Bahan B ditimbang dan satukan/mix
3. Bahan C - putih telur di mix menggunakan kek mixer sehinggan kembang
4. Campurkan bahan A dan B, kemudian masukkan bahan C (putih telur) dan akhir sekali kacang walnut.
5. lenserkan bekas kek dengan minyak, panaskan oven dan kemudian masukkan kek
6.Masak selama lebih kurang 50 min or sehinggan masak.

Penyediaan cream cheese
1. Mix bahan D
2. Setelah kek masak sejukkan dahulu sebelum disalutkan dengan cream (Bahan D)
3. Potong kek kepada dua bahagian , letakkan sebahagian cream cheese ditengah- tengah dan salutkan pada semua kek...


p/s: maaf sebab bahasa yg digunakan tak best..den tak biaso tulih2 resepi nih selalunya copy paste je

1 comment:

onemaster said...

bagus la ja... sekurang2nya rajin2 le masak yee