berbaloikah segala pergorbanan ini....
hanya sekadar mengejar 'segulung kertas'
Berbaloikah???
aku korbankan kehidupan dan kasih sayang
demi melalui kehidupan disini yg sangat gelap lorongnya
Berbaloikah???
insan tercinta yg kutinggalkan disana
menahan rasa rindu, sendiri meneruskan kehidupan disana
Perginya ayah tanpa sempat kuhadap saat terakhirnya dia di dunia ini!
Berbaloikah??
seorang suami meninggalkan kehidupan yg ada
bersama isteri melalui ranjau berduri disini
Anak-anak yang terpaksa menukar arus kehidupan
Demi mama yang ingin menongkah langit!!
Berbaloikah???
Aku mencuba sesuatu yg belum pasti!!
Yang mungkin tiada bahagia dihujungnya
Yang mungkin kesilapan besar utk dicuba!!
Namun,
Kadang-kadang ku rasakan berbaloi
Mungkin sinar itu belum pasti
Namun onak dan duri yg DIA hidangkan
mengajar dan mengingatkan aku bahawa aku ada DIA ...
DIA yang menentukan hadirnya rezeki ini
DIA yang menenangkan hati
agar jangan ragu-ragu lagi
hanya pada DIA aku berserah......
Bantula aku YA ALLAH..agar ketabahan ini sentiasa ada bersamaku