Tuesday, 15 September 2009

Berbaloikah???

kadang-kadang hati ini tertanya-tanya
berbaloikah segala pergorbanan ini....
hanya sekadar mengejar 'segulung kertas'

Berbaloikah???
aku korbankan kehidupan dan kasih sayang
demi melalui kehidupan disini yg sangat gelap lorongnya

Berbaloikah???
insan tercinta yg kutinggalkan disana
menahan rasa rindu, sendiri meneruskan kehidupan disana
Perginya ayah tanpa sempat kuhadap saat terakhirnya dia di dunia ini!

Berbaloikah??
seorang suami meninggalkan kehidupan yg ada
bersama isteri melalui ranjau berduri disini
Anak-anak yang terpaksa menukar arus kehidupan
Demi mama yang ingin menongkah langit!!

Berbaloikah???
Aku mencuba sesuatu yg belum pasti!!
Yang mungkin tiada bahagia dihujungnya
Yang mungkin kesilapan besar utk dicuba!!

Namun,
Kadang-kadang ku rasakan berbaloi
Mungkin sinar itu belum pasti
Namun onak dan duri yg DIA hidangkan
mengajar dan mengingatkan aku bahawa aku ada DIA ...
DIA yang menentukan hadirnya rezeki ini
DIA yang menenangkan hati
agar jangan ragu-ragu lagi
hanya pada DIA aku berserah......


Bantula aku YA ALLAH..agar ketabahan ini sentiasa ada bersamaku

3 comments:

ana muslim said...

inshaAllah Kak Ieja..

berbaloi dengan niat yg ikhlas,
menongkah cabaran demi Robb dan Deen yg suci,
Siapa yg kita harapkan utk mendidik anak bangsa?
Mereka yg tiada cahaya iman di hati ataukah kita yg mempunyai kesedaran di hati?

Setiap langkah dengan niat yg suci,
Allah pasti mengganjari,
Pastilah itu sudah cukup berbaloi,
Jika ganjaran itu sendiri drp Allah yg Maha Menguasai..

Aku juga sering terfikir jesteru ini,
Namun, akhirnya berbalik kepada soal keikhlasan di hati,
Jika benar jitu dan sucinya pengorbanan kita dan keluarga kita,
Setiap saat yg di timba akan memenangkan kan kita semua,
Jika tidak didunia sahaja, pastinya di akhirat sana!

Keputusan akhir di tangan Allah jua,
yg penting, kita berusaha bersungguh2 dan berdoa ke hadratNya..
InshaAllah Allah tidak sekali-kali menyia-nyiakan dan melupai hamba-hambaNya...

anon suria said...

insyaAllah..pengorbanan itu ada manisnya.

Unknown said...

doa sahabat dr jauh..
semoga kejayaan dan kebahagian sentiasa disisi..