last week pi report card day kat sekolah ieman n irfan...ieman...from A to E semuanya ada hahahahah ( BM & arabic le kategori D & E). yg lain byknya B& B+ le. tak harap pon excellent, sbb ini kali pertama exam. tak dinafikan dia sgt struggle nak belajar BM & B arab. tetiba terkujat budak tuh belajar level 3. cuba lagi yea ieman....Part attitude, interaction with teachers semuanya bagus.
Irfan pulak sangat kontra dari abangnya...keputusannya bagus, hanya BM & art saja dpt B & c, yg lain semuanya A/A+. irfan ni patutnya tadika lagi...tp request kat sekolah utk masuk darjah satu . Irfan bernasib baik sbb dia mula semuanya dari basic...agaknya sbb tu dia lebih senang nak paham. attitudenya teacher kata sangattt manja...hahaah ini baby besar mama. Tp satu x best,teachernya kata lately ni dia x nak ckp english...bila teacher tanya in english pon dia jawab in malay. aduhai....irfan,sayangla nanti lupa vocab n accent nya. Bila tanya..dia kata I'm shy!!! nanti salah ckp. ini mesti :
1) malu ngan kawan2 dia ckp english sesorang
2) teacher akan betulkan pronunciation dia sbb dia dok guna accent Yorkshire!!
so skrg kena paksa dia speak in english. kami x layan dia ckp kalau dia speak in malay kat umah.kat umah ngan abang nya nak pulak bercakap in english. pelik la budak ni.
overall, sekolah nya ni puas hati gak la...especially part agamanya.irfan ni suka sgt hafal surah2 pendek., teacher kat kalau dalam kelas pon asik menghafal je.Lagi satu diorg ni sgt aware tentang halal, haram, taubat, solat (part solat kekadang malas gak kalau dok asik main) etc.. so bila mama pakai terseksi sikit kat umah bising2 kata haram!!!ehheheh bagus tu ingatkan mama yea.
aktiviti lain -diorg berdua ni joint taekwondo & every weekend (saturday & sunday) joint football club. so weekend kami selalu full.
1 comment:
memang akan hilang bila di sekeliling semua cakap bahasa ibunda..
Aqil dulu rasa kekal dalam 6 bulan je kot, pas tu hilang, tp subjek english dia mmg selalu dapat yg terbaik di kelas...
Post a Comment