Friday, 24 April 2009

Lenguh kaki tangan

lately ni rasa badan macam dah berat (dengan kata lain dah gemok la tuh), smlm memula plan nak mengayuh basikal (konon nak exercise)....tapi oleh kerana ada pelawaan kawan-kawan ,ija pi main badminton. tak lama pon dalam 40 min je...so tak le terasa lenguh tangannya. peluh pon x sempat nak keluar.

Hari ni pulak, ija ada 2 appointments pagi nak amik injection kat GP di pitsmoor, petang pulak ada appointment ngan doktor gigi. Hati ni dok berkira2 nak jalan kaki then terus ke opis or naik basikal n buat kerja kat umah. Decision di buat, ija pi naik basikal then balik umah n ptg ke hospital pulak.

Aduhai,...first time ija mengayuh jauh dah bukannya pelan2 (sebab dah terlambat!!)rasa lembik lutut den mengayuh...dah la ubat tertinggal kat umah kena patah balik.lepas injection pulak...tangan kanan pulak la lenguh.....huhuhuhu nasib badan........kuat kan semangat...kena ringankan badan...terus kan exercise...!!!!!you can do it ija hahhahahhahaha

Thursday, 23 April 2009

Di barisan keberapa???


Kita melalui fasa berbeza dlm kehidupan,
mulanya di alam roh, membuat janji padaNYA
Dan kini kita khalifah dan hambaNYA didunia,

Suatu hari nanti,...
sebelum kita menempuh alam abadi,

Mati itu perlu kita lalui,
Dan,
Yang akan di bawa hanyalah TIGA perkara!

Namun,
Kita perlu ingatkan diri sendiri ada perhitungan yang akan di lalui,

Soal diri kita,.....
cukupkah bekalan yang kita kumpulkan?

cukupkah bekalan yang kita bawa?
atau...
adakah bekalan yg dikumpulkan umpama buih-buih dilautan?
tak takutkan kita pada hari perhitungan itu?
Di barisan keberapa kah kita?
mampukah kita menghadapinya?

saat itu,
sesalan tiada gunanya....
Namun,
apa yang pasti saat ini,

kita masih dipinjamkan nyawa,
ingatkan diri kita agar persiapkan diri,..
jangan biarkan diri kita islam pada nama...
jangan biarkan diri kita hanya 'muslim biasa'
kejarkan untuk menjadi 'muslim istimewa'
agar kelak di hari perhitungan kita berada dibarisan yang 'istimewa'

Monday, 6 April 2009

KasiH daN CintaKU hanya PaDaNYA........

Dalam hidup ini ada pasang surutnya,
suatu ketika dulu aku cukup tidak bersedia utk menghadapi saat surutnya.....
saat getirnya menghadapi dugaanNYA,
Aku cukup tidak puas hati, terlalu menyalahkan DIA
kataku DIA tak menghargai akan usahaku
Namun DIA maha adil maha mendengar rintihan hambanya,
Di berikan untuk hambanya ini satu peluang, satu kegembiraan
Diberikan aku satu kepuasan....
Namun adakah aku menghargai pemberianNYA???
itulah memori zaman jahiliahku

Hari ni,
saat getir ku tiba lagi....
namun penerimaanku cukup berbeza
Aku cukup bertuah dikelilingi sahabat yg sentiasa mengingatkan aku....
kenapa dugaan dari DIA datang lagi....
adakah DIA telah melupakan aku??
atau aku yang melupakan kesenangan yang diberikan olehNYA?

Namun,
Hari ini aku lebih reda,
aku tahu aku diduga kerana DIA sayangkan aku,
mahukan aku memahami kenapa aku dipilih menjadi khalifah dunia...
Hari ni baru aku merasakan benar-benarnya jatuh cinta, kasih akan DIA
DIA sahaja yg sentiasa mendengar rintihanku,
mendengar aduanku, mendengarkan tangisanku,
Kini aku sangat pasti DIAlah KEKASIH hatiku
kasih dan cintaku hanya padaNYA
dapatku rasakan hadirnya DIA
betapa manisnya saat itu

Tapi,
cukupkah hanya lafaz kasih itu?
Adakah lafaz itu hanya sementara?
aku harus terus belajar bagaimana utk membuktikan kasihku padaNYA
wahai teman bantulah aku
ada janji yang perlu aku lunaskan
harus ku tunaikan janjiku padaNYA.....
kerna DIA kasih dan cinta hatiku