Thursday 25 February 2010

3 abdul or .........??????????????????????

ehmmm......kami anak beranak asik dok argue either the little one should be a gal or a boy...of course mama n ayah want a little princess, but si gebu irfan want a boy and his abang want a gal cause don't want to have a fight anymore!!!!patutnya 3 lawan 1 ...3 la menang kan??muahahhahaha.

today, rupa nya di only scan sehingga le delivery baby...apa punya turrr..la hospital kat uk ni..kedekut. kalau kat msia tiap2 minggu pon leh scan!!punya la lama sonographer tu dok menekan perut (without say anything). few minutes tunjuk that the baby is fine, nampakla tulang belakang + tangan + kaki ++++......tapi this time baby is not active as before...gerak sikit2 aje...sekali dia..kata..he is a boy!!!!!!!!!!!!!!huaaaaaaaaaaaaaaaa sbb terkedu n irfan dah dok gelak -gelak...n kata "i told you...he is a boy!!!!", kami berdua x terkata apa..yg x bestnya..tak dpt menyaksikan ngan mata sendiri..betul ke dlm monitor tu baby boy (lagi sekali punya tur...bukan nak tunjuk rupanya). tak bagus tukang scan kali ni, tak user friendly tak explain...x tunjuk kat monitor...dia syok sendiri dok godek2 perut..KAmi membuat conclusion..tak mau percaya..(hahhahhaha..sedapkan hati sendiri)n teruskan berdoa...sehinggala baby kuar.. set in mind she a gal....kah kah kah!!!!!!!!!!!

anyway, tak kisah sgt le (kalau betul..adus kena produce lagi le)...yg penting baby nya sihat n sempurna. Alhamdulillah ALLAH bagi rezeki zuriat ni kat kami kan..

Wednesday 24 February 2010

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Nota kecil : DI CNP dari website Darussfiya, utk panduan...InsyaALLAH

Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dimasukkan ke dalam botol dan dicampurkan sedikit dengan air mineral atau air minuman yang lain.

8. Beri minum air tersebut kepada anak-anak yang bermasalah. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Monday 22 February 2010

Rambut sama HItam, HatI laiN- lain

ehmmm..itula namanya manusia kan...kita rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Kita x boleh nak jangkakan apa yg manusia ni sanggup lakukan. Pokok pangkalnya memang pada hati n pada Niat. Kalau niat kita kerana ALLAH insyaALLAH perjalanan nya lebih berkat. Tapi kalau kita utamakan nafsu, syaitan le pendokongnya...nauzubillah.

Kita selalu ingin menjadi yang terbaik, dan yang bagusnya berbuat baik. Tapi kekadang org suka mengambil kesempatan diatas kebaikan yg kita berikan dan selalunya bertindak melampaui batas. Sangat sedih bila benda macam ni terjadi...especially kalau di lakukan oleh orang-orang 'kepercayaan' ( walaupun x percaya 100% tapi merupakan orang harapan)..hahhahha. Banyak kali dah berdepan ngan menda-menda macam ni. Kalau darah daging sendiri pon sanggup menjadi gunting dalam lipatan ini kan pulak yg tiada pertalian darah kan????ehmm...Moga -moga ALLAH bukakan pintu hati untuk dia bertaubat.Moga ALLAH juga tabahkan hati org2 yang menghadapi dugaan seperti ini.

sesungguhnya kehidupan kita ini penuh ngan tandatanya. Kita hanya mampu membuat perancangan dan prediction (lupa lak apa bahasa melayunya), tapi sesungguhnya ALLAH itu telah tuliskan setiap inci perjalanan hidup kita. ermmmm,....sungguh mendebarkan....

walaupun apa pun yang akan terjadi suatu hari nanti, hidup & mati kita...harapnya mendapat keredaan dan rahmat ALLAH. Moga -moga kita kita menjadi manusia yang HITAM RAMBUTNYA TAPI PUTIH BERSIH HATINYA..insyaALLAH.

Friday 19 February 2010

lagi lama dok buat PhD kat sini...
Lagi Kuat rasa BODOHnya...
Jgn jd Depression...sudah!!
sesuai benar ngan title nya PERMENANT HEAD DAMAGE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday 16 February 2010

bila kena ambik darah

semalam vomiting many times + lagi ngan blotted tummy. ingatkan it is a normal pregnacy symptom. Tapi dari kul 6 ptg until 11 x berhenti sakitnya..hish dah ala2 gastrik je..ni...akhirnya x tahan kul 6am pi juga ke northen general hospital.pelik le...dah banyak kali le bila time amik darah kat obersea ni x menjadi.haritu, masa amik darah utk maternity 2 kali kena cucuk (then depa boleh hantar surat lak kata depa tersalah label blood samples, kena cucuk le lagi sekali nampaknya). Then, lagi worst hari ni 5 kali lengan ni kiri kanan kena cucuk, sakit sungguh. 3 kali utk amik darah (doktor tu yg ngambik darahnya) n 2 kali sebb nak drip fluid dalam badan.lebam2 tangan dibuatnya. ....dugaan sungguh le.Now, I'm getting better and really hope will be fine sehingga kuar budak kecik ni...berjaya pada masa yang sama kejar dateline PhD ni....amin.

Wednesday 10 February 2010

LEtiH

RaSA sanGAT letih,
LeTiH nak berPikiR
Letih nAK belAJAR
LEtih OTak
Letih MENTal
Badan YanG LETiH
leTIH segALAnyA

YA ALLAH...KAu berikan Aku semANGAT Baru
Kau BeriKAN aku KekuATAN....

Saturday 6 February 2010

second 'honeymoon' at Istanbul

Inilah saja gambar kami berdua...gara2 photographer kami yg ditinggalkan di UK n tripod yg dibawa tapi digunakan
Makanan popular disana

Antara tempat menarik yg kami lawati

My hubby

Myself yg semakin gemuksss

our first honeymoon was while I'm attending a conference in Copenhagen. We was so lucky not to bring the kids..cause the environment there was not so good...This year, again we managed to planned our second ' honeymoon'. We were in instanbul for five days...it was not really a honeymoon because we were accompany by the little one in the womb...hahahaha.....


Istanbul.......
The feeling was very different when we are in istanbul...we're so proud to be here...tak sama rasanya perasaan ini semasa berada di Andalusia....2 keadaan yang berbeza...

Istanbul - ditawan oleh sultan Fatih dan menjadi sebuah negara islam..
Andalusia - sekarang ini adalah sebuah negara bukan islam...

Teringat-teringat semasa mengikut ISK di sheffield, di ceritakan bagaimana istanbul ini berjaya ditawan. Dapatla kami berada dia asia dan europe...dalam satu hari yang sama...menarikkan....hanya dipisah kan oleh selat bosphorus. Kami melawat beberapa tempat peninggalan sejarah, antaranya...hagia sophia (dulu nya church, dijadikan masjid dan skrg adalah muzium), Blue mosque (famous Ottoman building), Basilica cistern (underground palace), Topkapi Palace (istana lama) , dolmabahce palace (istana baru) dan beberapa area membeli belah i,e.grand bazar n spice market.

apa yg dapat kami simpulkan semasa berada di Istanbul...
1. Pengaruh sekular yg di perkenalkan semasa zaman pemerintahan Antartuk telah mengubah identiti islam terutama nya bg kaum wanita di sana.Rasanya hanya dlm 30% sahaja yg menutup aurat. Makanya, identiti islam itu telah TERKUBUR...sebab rupa mereka pon dah iras 2 org uerope. Berjaya agenda yahudi nak hapuskan identiti org islam di sini.............

2. Alhamdulillah, tempat bersembahyang sangat mudah dan masjidnya sangat gah dan rasanya setiap 500m akan ada sebuah masjid. Cuma yang ija perasan kalau dilihat dari luar sgt besar masjidnya, tp bila kita masuk kedalam masjid, kawasan utk bersembahyangnya agak terhad...Sahiful x berpeluang bersembahyang jumaat disana...makanya tak tahu mcm keadaannya bila mereka solat berjemaah (especially during the winter season ni kan).

3. Makanan - makanan utama mereka adalah roti ( ala2 french bread) dan kebab mereka agak berbeza dan kureng sedap rasanya. Seafood nya pulak..sungguh fresh & murah.(kat fish marketnya la)....Yg menarik dpt makan kebab makerel..or dengan nama lainnya Balik ekmek...not bad the taste, saiful suka bangat....Kedua kalinya (selepas pi umrah last year) kami berjalan x bawa bekalan makanan. Kononnya nak menikmati makanan halal yg mudah...hahhahah tp belanja nya pon dasat jugak!!!

4. Transportation - quite up to date jugak (tramp n train). cumanya x tahula...bila masanya orang2 turkey ni berada di umah sbbnya jalan raya sentiasa traffic jam walaupun dah pukul 11 malam.

5. Masyarakatnya - okla..walaupun tidak begitu fasih berbahasa Omputeh, there are better than people in Andalusia ( tp org2 spain ni friendly cuma x pandai berbahasa omputeh aje). Kalau ke shooping area, kenal je mereka ngan Malaysian ni....leh gak ckp sepatah dua dlm bahasa melayu( hafal le tu)...nampak sgt org malaysia ni suka shopping n berjalan...hahahaha. Ada sekali tu jumpa budak2 sekolah, depa leh kata kat ija koniciwa,...depa ingat ija ni org jepon ke?? itu pakai tudung....ermmmm....

6.Shopping - rata2 kawan-kawan yg pi istanbul ni kata sangat best bila part shopping, for me rasanya amat berbeza...bawa gak 1 beg besar kot2 la...shooping tak hengat. Tapi nya beg yg ada pon x penuh. Di Grand bazar tu harganya sungguh unpredictable, bg sesiapa yg minat tawar menawar je rasanya leh shopping kat situ. Kami yg lebih nya shopping makanan...hahahha lokum, baklava yg enak, nuts n tea. Dapat juga ija makan, makanan ngidam kat sana...sungguh Yummy....alhamdulillah...

7. Weather - Kami disambut dengan hujan selama 2 hari disana, diikuti snow yg sgt windy. Hari ketiga kami diselaputi snow. cuma 2 hari terakhir je cuacanya ok...tapi masih sejuk..

8. Merata-rata kat istanbul ni sangat banyak kucing....doggie pon bersepah gak...tapi x sebanyak kucing ler

Alhamdulillah, overall perjalanan kami berjalan ngan lancar. Anak2 yg dok kat UK pon ok 2 saja. tq to ana..sebab menjaga. Syukur pada ALLAH ...kerana diberi kesempatan utk melawat bumi Istanbul.